Pada 13 Disember 2008
Amateur Radio Reunion Day (ARRD) adalah suatu majlis yang dirancang untuk mengumpulkan semua amatur radio di Malaysia – Mike, Whiskey dan Short Wave Listener – tanpa mengira keahlian kelab. Tambahan lagi, kita juga meraikan 80 tahun radio amatur di Malaysia. Veteran 9M kita tidak semakin muda dan kita telah kehilangan beberapa orang. Inilah masanya untuk 9W dan SWL untuk mengenali mereka. Setakat ini lebih 30 Mike dari seluruh negara telah mengesahkan kehadiran (klik di sini untuk melihat senarai yang semakin memanjang).
Kami juga memerlukan sukarelawan amatur radio untuk membantu menguruselia majlis. Andainya anda berminat untuk membantu, sila hubungi moderator. Kami juga mengalu-alukan sebarang cadangan dan buah fikiran untuk menjayakan majlis ini. Pengesahan segera kehadiran anda amat dihargai untuk memudahkan perancangan dan pelaksanaan.
ATURCARA MAJLIS:
1500 hrs – Pendaftaran bermula
– Pasar lambak bermula
1700 hrs – Bicara teknikal oleh 9M2DX (di dalam banglo)
2000 hrs – Ketibaan hadirin
2030 hrs – Makan malam bermula
2100 hrs – Tarian Selamat Datang
– Ucapan Aluan Pengerusi ARRD '08, 9M2PD
– Pertunjukan Makan Malam
– Siapa Dia? dan persembahan cenderahati
– Cabutan bertuah
2230 hrs – Makan malam berakhir
2300 hrs – DX-ing & Teh Tarik
0100 hrs – Muzik ditutup
Lokasi: Banglo pantai di Port Dickson, dihoskan oleh 9M2PD
Tempat tinggal: Sendiri - Hotel, Chalet, atau berkhemah. Sila buat tempahan awal.
Tarikh majlis: Sabtu 13 Dis 2008.
Tarikh tutup pendaftaran awal: 15 November 2008 atau 300 orang yang pertama
Untuk mendaftar, sila hubungi:
Wakil MARTS: 9W2SBS – Aiznin Wakil
ASTRA: 9W2YR – Pak Yeop Wakil
PERAMAH: 9W2WWW – Azam Wakil
MARES: 9W2ZLH – Hazali Wakil-
wakil lain masih belum dinamakan lagi.
Harap pastikan pembayaran dibuat sewaktu pendaftaran untuk mengesahkan kehadiran.
Pembayaran/Sumbangan:
Radio amatur dan SWL:
- RM30 seorang (pembayaran sebelum 15 Nov 2008)
- RM40 seorang (pembayaran sebelum 30 Nov 2008)
- RM50 seorang (pembayaran selepas 30 Nov 2008)
Ahli Keluarga (7 tahun ke atas):
- RM10 seorang (pembayaran sebelum 15 Nov 2008)
- RM15 seorang (pembayaran selepas 15 Nov 2008)
Kanak-kanak di bawah umur 7 tahun percuma.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment